Monday, November 2, 2009

Fakta



FAKTA
( Institut Diabetes Antarabangsa)
800 000
orang rakyat Malaysia menghidap diabetes pada 2007!!

Jumlah ini dijangka meningkat kepada
1 300 000
orang pada tahun 2010!!

AWAS!
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi (ada keturunan anda yang menghidap kencing manis?), mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun

APAKAH DIABETES?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini kerana, pankreas tidak boleh menghasilkan insulin atau badan tidak bertindak balas terhadap insulin.
APAKAH INSULIN?
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang terletak dibawah perut. Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.
APAKAH KAITAN KALORI DAN DIABETES?
Badan kita memerlukan tenaga (kalori) untuk menjalankan tugas seharian. Makanan berkalori (kanji, gula) atau berkalori tinggi (lemak) ditukar kepada gula ringkas (glukos). Glukos masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

KENAPA PERLU INSULIN?
Tanpa insulin, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah akan menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis.
DIABETES JENIS I
Keadaan dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin. Sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pesakit perlu bergantung kepada pengambilan insulin melalui suntikan setiap hari untuk terus hidup.
DIABETES JENIS II
Kegagalan metabolisme badan disebabkan ketidakupayaan badan bertindakbalas terhadap insulin. Lebih 90% penghidap diabetes menghidap jenis ini. Risiko meningkat dengan peningkat usia.
SIAPA BAKAL PENGHIDAP KENCING MANIS?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis atau sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis


Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa
















ADAKAH ANDA MEMPUNYAI
TANDA-TANDA BERIKUT?

SERING DAHAGA

SERING MINUM

BERAT BADAN TURUN DENGAN CEPAT

BADAN SERING LEMAH

PENGLIHATAN SEMAKIN KABUR

KEPALA SELALU PENING

No comments:

Post a Comment