Monday, November 2, 2009

Nama Tempatan



Nama Tempatan : Stevia

Nama Saintifik : Stevia Rebaudiana

Nama Lain : Teh Manis,Sweet Leaf Of Paraguay, Caa-He-Éé, Kaa Jheéé, Ca-

A-Jhei, Ca-A-Yupi,Azucacaa, Eira-Caa, Sinonim: Eupatorium

Rebaudianum Capim Doce, Erva Doce, Sweet-Herb, Honey

Yerba, Honeyleaf, Yaa Waan, Candy Leaf, Sugarleaf

Family : Astereacea

Asal : Paraguay

Klafikasi Saintifik

Kingdom : Plantae

Division : Magnoliophyta

Class : Magnoliopsida

Order : Asterales

Family : Asteraceae

Genus : Stevia

Pengenalan :

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay, Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.


Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.


Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di mana Stevia di tanam ?

Pada mulanya stevia tumbuh secara meliar di dataran tinggi terutamanya di Utara Paraguay dan Selatan Brazil. Ia kemudiannya ditanam untuk digunakan sebagai pemanis sehingga tebu diperkenalkan oleh orang Sepanyol dan Portugis.

Walau bagaimanapun, penggunaan stevia di kebanyakan negara telah dihadkan. Sebagai contoh, pada 1990-an, Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan stevia kecuali yang telah dilabelkan sebagai suplemen. Kini, Amerika dan Kanada telah menjadikan stevia sebagai dietary suplemen, tetapi bukan sebagai makanan tambahan. Selain itu, pemanis stevia juga telah meluas penggunannya di Jepun. Ia telah dihasilkan secara komersial di Jepun sejak tahun 1971 oleh syarikat Morita Kagaku Kogyo Co., Ltd dan telah digunakan dalam produk makanan serta dalam minuman ringan. Pada masa kini, stevia telah ditanam dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri makanan di Asia Timur termasuk China (sejak 1984), Taiwan, Korea, Thailand dan Malaysia, sehingga Amerika Selatan, Eropah, India, Ukraine dan Amerika Utara.

No comments:

Post a Comment